Penglibatan dalam Akademi Fantasia Hazwan Haziq bin Rosebi

Haziq diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju ke peringkat akhir untuk musim kali ini bersama Faizal, Farhan, dan Velvet serta Lotter yang diserap masuk pada minggu ke-9. Pada 5 Ogos 2006, beliau memenangi tempat keempat dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia.

Beliau dikatakan mempunyai perasaan cinta dengan Leez, peserta yang terkeluar pada Konsert Prelude. Semua itu dipaparkan di kaca televisyen ketika rancangan Diari Akademi Fantasia sepanjang minggu ketika Leez diserap masuk ke dalam Akademi sebagai "pelajar tumpang" buat masa seminggu.

Lagu-lagu di Akademi Fantasia

Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya :

  • Konsert Prelude : Umpan Jinak Di Air Tenang - nyanyian asal oleh Ahmad Jais
  • Konsert Pertama : Tidurlah Wahai Permaisuri - nyanyian asal oleh P. Ramlee
  • Konsert Kedua : Kian - nyanyian asal oleh Mawi
  • Konsert Ketiga : Cinta Nusantara - nyanyian asal oleh Sheqal
  • Konsert Keempat : Buat Sang Puteri - nyanyian asal oleh Kumpulan Spider
  • Konsert Kelima : Juwita Citra Terindah - nyanyian asal oleh M. Nasir
  • Konsert Keenam : Seruan - nyanyian asal oleh Kumpulan Lefthanded
  • Konsert Ketujuh : Tak Seindah Wajah - nyanyian asal oleh Tan Sri SM Salim
  • Konsert Kelapan : I Need To Know - nyanyian asal oleh Marc Anthony
  • Konsert Akhir : Cubit-Cubit - nyanyian asal oleh Datuk M.Daud Kilau
  • Konsert Akhir : Gurindam Anak Muda - ciptaan dan lirik oleh Ramli Sarip